Wednesday, November 9, 2011
Sunday, October 23, 2011
Thursday, October 20, 2011
Cara Membuat Boneka Jari
Boneka Jari
Hari ini saya nak kongsikan dengan semua macam mana nak buat finger puppet. Sesuai untuk yang ada anak-anak kecil ini. Boleh menghiburkan mereka sambil mengajar jenis-jenis haiwan. Saya pilih tiger comel. Saya dapat daripada Majalah kegemaran saya: Sew Hip Issues 14. Mula-mula sediakan dua helai potongan felt berwarna jingga untuk membentuk badan tiger. Di sini saya cadangkan gunakan felt yang lembut dan tebal. Baru cantik bila nak membentuk jadi tiger itu. Lepas itu sediakan pula potongan felt bewarna putih untuk bahagian perut. Jahitkan potongan untuk perut itu ke badan tiger dengan cara jahitan backstitch dengan menggunakan warna benang yang sama. Selesai daripda itu, bentukkan pula mata, hidung dan mulut tiger menggunakan benang bewarna hitam. Belang tiger juga boleh dijahitkan dengan menggunakan felt bewarna hitam. Disini, anda boleh gunakan kain felt yang sedikit keras.Selepas itu, sediakan juga potongan segitiga yang sesuai untuk membentuk telinga tiger.
Terbalikkan badan tiger kebahagian dalam dan letakkan potongan telinga itu ke bahagian dalam juga. Letakkan satu lagi potongan felt bewarna jingga keatas muka tiger.
Tuesday, October 18, 2011
Friday, October 7, 2011
MAKRO DAN MIKRO
Pengajaran Mikro dan Makro
Untuk belaajr cara mengajar, kita mesti melalui latihan pengajaran mikro dan makro. Pengajaran mikro perupakan satu teknik pengajaran yang mengambil masa antara lima hingga lima belas minit untuk mengajarkan sesuatu kemahiran. Tujuan pengajaran mikro ini adalah untuk membina kemahiran guru yang berkaitan dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p) di dalam bilik darjah. Kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran (set induksi), penggunaan papan tulis, variasi rangsangan, kemahiran menyoal, memberi penerangan menggunakan ilustrasi, penggunaan sumber p&p, pelaksanaan penutup dan aktiviti pengukuhan
Setelah menguasai kemahiran mikro, pengajaran boleh disepadukan dalam pengajaran makro. Pengajaran makro lebih mirip kepada aktiviti simulasi pengajaran yang sebenar iaitu melihat keseluruhan proses p&p yang berlaku secara kontekstual.
Penyelidikan tindakan perlu diketahui untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu gejala yang timbul di dalam bilik darjah atau di sekolah. Penyelidikan yang memberikan tumpuan kepada penyelesaian situasi semasa yang dihadapi, dapat memberikan penyelesaian cepat terhadap sesuatu yang boleh menghalang kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Tuesday, September 27, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)