Boneka Jari
Hari ini saya nak kongsikan dengan semua macam mana nak buat finger puppet. Sesuai untuk yang ada anak-anak kecil ini. Boleh menghiburkan mereka sambil mengajar jenis-jenis haiwan. Saya pilih tiger comel. Saya dapat daripada Majalah kegemaran saya: Sew Hip Issues 14. Mula-mula sediakan dua helai potongan felt berwarna jingga untuk membentuk badan tiger. Di sini saya cadangkan gunakan felt yang lembut dan tebal. Baru cantik bila nak membentuk jadi tiger itu. Lepas itu sediakan pula potongan felt bewarna putih untuk bahagian perut. Jahitkan potongan untuk perut itu ke badan tiger dengan cara jahitan backstitch dengan menggunakan warna benang yang sama. Selesai daripda itu, bentukkan pula mata, hidung dan mulut tiger menggunakan benang bewarna hitam. Belang tiger juga boleh dijahitkan dengan menggunakan felt bewarna hitam. Disini, anda boleh gunakan kain felt yang sedikit keras.Selepas itu, sediakan juga potongan segitiga yang sesuai untuk membentuk telinga tiger.
Terbalikkan badan tiger kebahagian dalam dan letakkan potongan telinga itu ke bahagian dalam juga. Letakkan satu lagi potongan felt bewarna jingga keatas muka tiger.
cute
ReplyDeletethanks ya Vanonica.......
ReplyDelete